To have faith in Allah and also have faith to yourself, in sha Allah everything would be just fine, anyway welcome to my blog ❁❁

Saturday, 22 November 2014

Asignment again!!

Asslammualaikum...

okay entry kali ni lia nk bgtahu colour , barang2 yang nak dipakai untuk buat capal perempuan since lecturer lia dah pilih sketches untuk buat final.


sebelum tu lia nk tunjuk dlu kerja yang lia buat minggu lepas..







so ni la sample dari bahan yang sebenar..maksudnya sample dari pengusaha capal tu..dia membuat capal menggunakan bahan2 dibawah ni..













so lia nak lari sikit dari ape yg pengusaha tu buat lia buat capal untuk perempuan..jadinya lia amik inspirasi dari gambar dibawah..nmpk feminin kan.. kan..









dan ini pula sample kain yang lia nak guna ..mungin lia guna kain batik, kain lycra ke kan..ikut kesesuaian juga nanti..sebabnya nt lia nk letak manik2 sikit..








dan yang terakhirnya ni la sketches yang lecturer lia pilih..simple je..still nmpk macam capal cuma lia ubah sikit jadi lembut sikit..hhehehe..sesuai untuk perempuan..









so sekarang pilihan colour pulak..colour yang lia nak pilih ni pun tema spring..sbbnya warna-warnanya soft je.. ni contoh eh lia tunjuk warna2 spring..



 image by google 







 image by google 









  image by google 








 image by google 









taraaaaaaaa.....





ni la dia warna-warnanya..cantikkan..




selain dari tu lia nak tunjuk juga contoh-contoh manik yang lia nak pkai..


 

  image by google 




 image by google 




 image by google 




  image by google 




  image by google 






 image by google 



So ni la dia bahan-bahan yang lia perlukan..nantikan capal perempuan dari lia okay..









.......................................................................................















Saturday, 15 November 2014

Asignment !!! asignment !!!! asignment !!!!




Assalammualaikum..


Bertemu lagi ya kita..ecehh..ecehh..ecehh..ha..okay lia diberi tugasan untuk membuat atau menghasilkan satu product yang boleh membantu pengusaha capal yang lia pilih..product yang lia kena hasil kan still capal cuma capal tu dah di innovatifkan je..ceihh ..gitu.. so sebelum nak reka or hasilkan product tu mestilah kena cari inspiration dulu kan.. jadinya inspirasi lia merupakan sandal ..lia tunjukkan contoh-contohnya di bawah ye.. so lihat la ..






image by google




image by google






image by google






image by google






image by google







image by google






image by google







image by google






image by google






image by google








okay seperti yang korang tengok semua sandal perempuan kan.. ha mmg lia nak buat capal untuk orng perempuan..kebiasaanya kita lihat capal capal diluar sana semuanya seperti lelaki walaupun perempuan still boleh memakainya..oleh itu lia ingin satu product capal perempuan yang bersesuaian dengannya..okay nanti dah terhasilnya product yang lia buat lia akan update..









................................................................................


sample sample sample !!!!!!!!

Assalammualaikum ..

hai hai semua...


okay hari ni pula lia nak cerita pasal sample yang lia dapat dari pengusaha capal tersebut..






                                             so ni la contoh-contohnya..



                                                                lihat dibawah

















........................................................................................






















GETAH











PVC










KERTAS











PVC










KULIT LEMBU








KERTAS








KULIT LEMBU








KULIT LEMBU








KULIT LEMBU







dah tengok kan sample- sample  dia..macam macam ada kan..hehehehe....yelah sebab nak buat capal  pun boleh je  guna kan material kulit yang mana - mana pun..










.......................................................................................... 


Sunday, 9 November 2014

SANTAI-SANTAI !!!

Assalamualaikum...

sebelum ni lia ada post pasal pengusaha-pengusaha lain kan..so hari ni lia nak tunjuk video pulak untuk semua..lia amik video ni dari youtube..semua tentang capal..



video 1


capal


video 2

capal tradisional melayu


video 3

capal warisan orang melayu


video 4

Evergreen capal


video 5

Contoh iklan raya capal



Saturday, 8 November 2014

CAPAL LAGIII !!!!

Assalammualaikum..

Untuk entry kali ni lia nak cerita pasal capal yang dibuat oleh pengusaha lain...sepertimana yang kita 
tahu Capal merupakan alas kaki traditional bagi 
orang Melayu. seperti dalam research yang lia cari tidak terlalu ramai orang yang membuat capal..sepertinya tidak ramai yang berminat untuk memakai dan memiliki sepasang capal Sekarang ni memang sukar untuk mencari capal. Semakin kurang orang yang mengusahakan capal kerana ianya memerlukan skill yang tinggi untuk menyiapkan satu pasang capal. Inilah penyebab mengapa generasi kini tidak berminat menceburi bidang pembuatan capal walaupun dari segi peluang perniagaannya masih luas..so disini lia nak bercerita and tunjukkan pengusaha- penguhasaha capal lain supaya memudahkan sesiapa yang berminat untuk mencari capal tersebut .
ini adalah senarai nama pengusaha lain yang berada di dalam malaysia

1.capal Badril Shahidan Hashim 

2. capal Saad Saep

3. capal melayu terengganu






CAPAL BADRIL SHAHIDAN HASHIM


Capal hasil kerja tangan Badril Shahidan Hashim yang menggunakan jenama 'Jago' di sini, mendapat sambutan baik setiap tahun bermula sebulan sebelum Ramadan lagi.

   
Menurut Badril masa bekerja beliau kini lebih kurang 18 jam setiap hari.
   
"Saya terpaksa menutup tempahan sejak bulan lepas lagi dan kini memberi fokus kepada pelanggan yang datang beli di kedai," katanya kepada Bernama di sini.

"Buat masa ini juga saya berhenti membuat capal untuk perempuan dan kanak-kanak bagi memastikan masa yang lebih digunakan membuat capal lelaki untuk memenuhi permintaan," katanya.
   
Badril berkata kepuasan pelanggan adalah matlamat utamanya walaupun sehingga terpaksa bekerja pada Hari Raya untuk menyiapkan tempahan terutama bagi mereka yang di saat-saat akhir membeli dan minta diubah suai saiz dan sebagainya.
   
"Kadang kala ada yang datang dari jauh seperti Perak, Kuala Lumpur, Johor dan Sabah untuk membeli capal. Jika nasib mereka baik, saiz yang dikehendaki ada. Jika tiada saiz, saya minta mereka tunggu dan saya buat capal mengikut saiz yang diminta," katanya.
   
Beliau berkata pelanggan beliau termasuk orang kenamaan seperti bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Rais Yatim dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.
   
Badril mewarisi seni membuat capal daripada arwah bapanya, Hashim Hassan, yang memulakan perniagaan itu pada tahun 1958.
"Saya belajar membuat capal sejak umur sembilan tahun dan kini, saya dapat menghasilkan lebih kurang 40 pasang capal sehari," katanya
   
Beliau menerangkan bahawa keistimewaan capal Jago ialah ia diperbuat daripada kulit lembu dan dijahit tangan, menjadikannya selesa untuk dipakai.
   
Badril yang dibantu rakannya berkata rekaan capal yang dibuat di kedainya diwarisi daripada bapanya.
   
Capal Jago dijual dalam tiga jenis iaitu capal Panglima, Capal Menteri dan Capal Diraja dengan harga masing-masing RM35, RM83 dan RM380. 


sumber dari sinar.



Pembuat kasut chapal, Badril Shahidan Hashim, 32, di kediamannya di Jalan Perak di Kepala Batas,P.Pinang 




CAPAL SAAD SAEP

SEWAKTU mula membantu ayahnya mengusahakan perniagaan kraf capal, Mohd. Syazwan Saad baru berusia 11 tahun. Ketika itu, dia masih ingat kerja pertamanya ialah menggunting kulit mengikut bentuk tapak capal.
Selepas 12 tahun berlalu melakukan kerja-kerja yang sama, Mohd. Syazwan semakin mahir dalam menyiapkan tempahan capal di samping menguruskan perniagaan keluarganya itu.
Meskipun pernah meninggalkan seketika tugas tersebut kerana mahu mencari pengalaman di tempat orang selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun akhirnya pemuda ini kembali ke pangkuan keluarga.
"Dahulu, saya membuat keputusan untuk berdikari kerana tidak mahu terlalu bergantung kepada ayah. Saya merantau ke Kedah dan melakukan pelbagai pekerjaan.
"Antaranya menjadi pemandu van kilang, bas dan lori treler. Apabila sudah puas dengan kehidupan sedemikian, akhirnya saya nekad untuk pulang dan membantu perniagaan capal ayah semula," ujar Mohd. Syazwan, 23, ketika ditemui Kosmo! di Kampung Cemumar Tengah, Simpang Empat, Perlis.
Bagi adiknya, Mohd. Syafiq, 20, sebagai pelajar jurusan Teknologi Maklumat di Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL), dia akan membantu ayahnya membuat capal ketika cuti semester.


"Saya rasa seronok apabila dapat membantu ayah. Walaupun sekejap, namun ia satu kepuasan buat saya mempelajari kemahiran membuat capal ini.
"Insya-Allah, selepas tamat pengajian pada bulan Februari depan, saya bercadang untuk terus bekerja dengan ayah jika diizinkan," tutur Mohd. Syafiq sambil mengetuk capal yang telah siap digam.
Melalui program lawatan media anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) itu, rombongan kami dapat melihat cara-cara pembuatan capal di bengkel Saad.

      
SAAD (kanan) bertuah kerana anak-anaknya turut

 membantu perniagaan capal yang diusahakan.




Pemiliknya, Saad Saep, 47, memberitahu, perniagaannya itu dimulakan pada tahun 2001. Sebelum itu, beliau pernah bekerja sebagai penyelia kilang selama 10 tahun dengan gaji lumayan untuk menyara keluarga.
Bagaimanapun, disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda negara, Saad akhirnya terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja dengan menerima Skim Pemberhentian Sukarela yang ditawarkan oleh majikannya.
Kemudian, beliau bertemu dengan seorang rakan lama yang membuat capal secara tradisional sepenuhnya. Sejak itu, dia mula berminat untuk mempelajarinya.
Atas bantuan rakannya itu, Saad mula membeli bahan mentah untuk membuat capal dan menghasilkannya sendiri. Pada tahun 2001, Saad berjaya mendapat tapak untuk berniaga di bazar Ramadan Sungai Petani, Kedah.
Dari situ, beliau menerima banyak sambutan untuk tempahan capal namun tidak berupaya menghasilkan dalam kuantiti yang banyak.
Modal
"Akhirnya saya mengeluarkan sedikit modal sebanyak RM3,000 untuk membeli mesin tekanan tangan untuk membuat capal diikuti mesin kedua dan ketiga untuk capal empat lubang.
"Alhamdulillah, perniagaan saya semakin berkembang dan jenama capal Warisan semakin mendapat tempat di hati pelanggan, bukan sahaja di sekitar Kedah dan Perlis bahkan dari seluruh negara," jelas Saad.
Melalui syarikatnya, Sentuhan Budi Trading, capal Warisan telah pun mempunyai kira-kira 20 ejen jualan di seluruh negara. Selain itu, beliau turut menawarkan pembelian secara atas talian.
Meneliti satu persatu capal yang dihasilkan Saad, ternyata sukar untuk menafikan keistimewaan yang terdapat pada produk buatan tangan tersebut.
Berbanding capal biasa yang hanya mempunyai satu atau dua lapisan, capal Warisan sebaliknya dibuat sebanyak tiga lapisan untuk memastikan ia berkualiti dan tahan lama.

 

TAPAK capal yang dihasilkan daripada kulit kerbau, lembu atau kambing lebih berkualiti berbanding PVC.


"Saya menggunakan bahan mentah tempatan seperti kulit kerbau, lembu atau kambing iaitu yang paling berkualiti bagi penghasilan capal. Tapaknya diperbuat daripada jenis DC dan grip di samping etilena vinil asetat (EVA) dan polivinil klorida (PVC)," jelas Saad.
Selain itu, pelanggan juga boleh membuat tempahan sama ada mahu capal yang diperbuat daripada kulit sepenuhnya atau jenis getah PVC dan EVA mengikut keselesaan masing-masing.
Menurut Saad, selain capal untuk lelaki dewasa, pihaknya turut mengeluarkan capal untuk kanak-kanak dan wanita yang mempunyai peminat tersendiri. Tidak ketinggalan, beliau juga banyak membekalkan capal kepada pengusaha capal lain yang ada di negara ini.
"Setiap capal yang dihasilkan mampu bertahan sehingga setahun atau lebih jika dijaga dengan baik," kata bapa kepada empat cahaya mata ini sambil memberitahu antara pemimpin yang pernah memakai capalnya ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain Barakhbah.
Ditanya cabaran yang dihadapi sebagai pengusaha capal, Saad mengakui, tanggapan masyarakat terhadap produk yang dikeluarkan peniaga bumiputera tidak berkualiti masih tinggi.

Persaingan
"Tetapi, apabila pelanggan melihat sendiri capal yang telah dihasilkan, barulah mereka meyakini kualitinya. Selain itu, proses pengeluaran juga agak lambat iaitu purata 30 pasang capal sehari sekali gus tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi.
"Cabaran lain ialah persaingan dengan produk capal dari Indonesia dan yang dihasilkan secara besar-besaran oleh kilang. Apa pun, saya sentiasa optimis dengan cabaran yang ada sekali gus meyakini rezeki yang datang dari Allah," ungkap Saad yang berharap untuk menjadi pembekal capal utama di Malaysia.
Dalam pada itu, Saad turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kraftangan Malaysia yang telah banyak membantu dalam memajukan perniagaan capalnya.


KOLEKSI capal Warisan sesuai digayakan dalam pelbagai acara.


Ini termasuklah bantuan mesin pemotong hidraulik dan mesin tugas berat yang diterima pada tahun 2012 dan 2013. Tidak ketinggalan, Saad juga selalu menyertai Hari Kraf Kebangsaan dan program promosi di peringkat negeri anjuran Kraftangan.
"Melalui penglibatan dalam program tersebut, capal Warisan berjaya meningkatkan lagi sambutan pelanggan sekali gus menjadikan jenama capal ini semakin dikenali ramai," ujarnya sambil tersenyum.
Mempunyai tiga pekerja tetap dan seorang secara sambilan, bengkel Saad beroperasi mengikut waktu pejabat iaitu bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Salah seorang pekerjanya, Haizul Fazilah Rashid, 29, berkata, proses membuat capal ini memerlukan ketelitian yang tinggi.
Sebagai contoh, meskipun tugasnya sekadar menebuk lubang, namun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak tersilap.
"Alhamdulillah, saya dapat menambah pendapatan keluarga bekerja di bengkel ini. Tetapi, masih banyak yang perlu saya pelajari untuk meningkatkan kemahiran membuat capal," terangnya.
sumber dari kosmo.





CAPAL MELAYU TERENGGANU


image by capal melayu terengganu



okay capal ini hanya diusahakan di kuala terengganu..meraka hanya membuka booth di shahbandar dan dilaman sosial iaitu facebook..sangat mendapat sambutan terutama pada hari raya aidilfitri. ini adalah gambar2 ,mereka sepanjang perniagaan mereka..




image by capal melayu terengganu


  

image by capal melayu terengganu





image by capal melayu terengganu




image by capal melayu terengganu




image by capal melayu terengganu





image by capal melayu terengganu



so nilah dia pengusaha capal yang lain yang ade di dalam malaysia..dari hasil research yang lia buat ternyata bukan senang nak buat capal,..mesti ada kepakaran dalam untuk membuat capal..jika buat secara ala kadar orang mungkin tidak akan selesa untuk memakai capal tersebut..Jadi membuat capal ni haruslah dengan teliti..



.........tata.........